SAYA MEMBUAT BLOG INI ADALAH UNTUK MELUAHKAN RASA ATAU MENCERITAKAN TENTANG KEHIDUPAN SEHARIAN SAYA

Sabtu, 11 Disember 2021

Perasaan Terpendam Dalam Hati

Semalam ada majlis konvo online.
 Sedih rasa hati ni bila lihat kawan satu kos semuanya dah graduate. Saya je belum lagi. Tapi saya tahu tu semua sebab saya belajar macam mana nak graduate awal. Saya asyik fikirkan lepas gradute blm tentu ada kerja. Tu dh jadi satu doa rasanya. Sampai sekarang blm gradute lagi. Saya x berani nk luah kat sape2. Cuba untuk berkongsi luahan hati yang x da sape tau ni kecuali Allah.

Rabu, 21 Mac 2018

kisah semasa cuti semester & cuti sekolah

assalamualaikum,

entah kenapa sejak hari pertama aku pulang ke kampung halaman ku sudah berbagai masalah dan ujiian yang datang. awalnya aku ada masalah dengan pelanggan yang membeli produk yang ku promosikan di laman sosial baru-baru ni. masalah itu baru saja  selesai semalam. pelanggan aku itu lelaki. hari ni pula aku ada masalah dengan lelaki juga iaitu abang aku. aku begitu sedih kenapa aku asyik aja ada masalah dengan lelakki. mulanya aku x nak percaya mana-mana lelaki kecuali dalam keluargaku. setelah kejadian tadi, lelaki dalam keluargaku pun susah untuk ku percaya terutama abangku. aku pernah mendengar seorang ustaz x silap ku di radio. dia mengatakan kalau dekat kita asyik nak bercakap tengking-tengking, bila berjauhan kita bercakap dengan lembut. bila berjauhan baru kita rasa rindu. bila kita berdekatan(bertemu) asyik nak bertekak saja itu menandakan kita dah jauh dari rahmat Allah. kita x berasakan kasih sayang bila berdekatan tapi berasa rindu bila berjauhan. aku tahu punca dari dua masalah ni berpunca dari diri sendiri masalah pertama berlaku disebabkan kata-kata yang begitu lancang terhadap pelangganku walaupun dia sendiri pun ada salahnya. masalah yang kedua berlaku disebakan sikap aku yang suka berlagak tahu. aku sebenarnyax tahu pula dalam plastik yang aku buang itu ada udang kecil didalamnya. aku hanya menyimpan umpannya saja yang ada dalam bungkusan yang tersedia tu. aku ingatkan itu umi punya barang rupanya abang aku punya barang. disebabkan sifat aku inilah tadinya hampir jadi satu masalah besar di dalam rumah ni. aku berharap sangat lepas ni x da masalah dengan mana-mana lelaki lagi baik dalam keluarga aku mahupun orang luar. ku akan cuba lebih berhati-hati lagi selepas ini.

prinsip hidup aku: aku tidak mahu cari gaduh dengan orang lain tapi aku rasa macam x menjadi aja prinsip aku tu. ras menyampah yang teramat sangat dekat dekat diri aku yang cuai ni...

Khamis, 12 Mei 2016

HARI TERAKHIR BERADA DI RUMAH

HARI INI ADALAH HARI TERAKHIR AKU BERADA DI RUMAH KERANA PADA ESOK HARI IAITU HARI SABTU, 13 MEI 2016. TAPI KERJA KURSUS TAK SIAP LAGI . KARANGAN BAHASA ARAB PUN TAK BUAT LAGI. HABISLAH AKU KENA MARAH DENGAN USTAZ NANTI.

TERBITAN TULISAN YANG SEKIAN LAMA DITINGGALKAN

ASSALAMUALAIKUM..

MAAFKAN AKU KERANA SUDAH TERLALU LAMA AKU TIDAK MENULIS DI BLOG INI. AKU SEKARANG SEDANG SIBUK UNTUK MEMBUAT KERJA KURSUS ADAB DAN BALAGHAH. TAMBAHAN LAGI, AKU SEDANG MENCARI BUKU RINGKASAN SETIAP MATA PELAJARAN STAM. ALHAMDULILLAH,SEKARANG DAH JUMPA TINGGAL NAK BELI SAJA. 

OKAY,CUKUP SAMPAI DI SINI SAJA . 


Rabu, 30 Disember 2015

PERSIAPAN SEHARI SEBELUM MEMASUKI ASRAMA

HARI INI SAYA AKAN MENYENARAIKSN PERSIAPAN YANG PERLU DILAKUKAN SEHARI SEBELUM MEMASUKI ASRAMA.

ANTARANYA IALAH:
1) ANDA MESTILAH MENGEMAS PAKAIAN-PAKAIAN YANG HENDAK DIBAWA KE ASRAMA NANTI.

CONTOHNYA
  •  BAJU KURUNG
  • JUBAH
  • T-SHIRT MUSLIMAH
  • KAIN HITAM 
  • SELUAR PANJANG
  • UNDERWARE
  • TUDUNG LABUH
  • TUDUNG SARUNG 
  • STOKIN
  • SARUNG TANGAN
  • KAIN BATIK
  • SKAF
  • TELEKUNG
  • SWEATER

2) ANDA HENDAKLAH MENCARI ATAU MEMBELI BARANG-BARANG KEPERLUAN ASAS SEPERTI MAKANAN, PERALATAN MANDI,PERALATAN SEKOLAH.

CONTOH PERALATAN SEKOLAH SEPERTI ALAT TULIS, BEG SEKOLAH, PAKAIAN SEKOLAH DAN LAIN-LAIN LAGI. 

MAKANAN TERPULANG KEPADA ANDA SAMA ADA HENDAK BAWA BANYAK ATAU PUN SEDIKIT. 

MANAKALA, CONTOH PERALATAN MANDI PULA:

  • SABUN MANDI
  • SABUN BASUH BAJU
  • BERUS BAJU
  • BERUS GIGI
  • UBAT GIGI
  • SYAMPU
  • PENCUCI MUKA
  • GAYUNG BALDI
  • RAGA BALDI. 
SELAIN ITU, JIKA ANDA HENDAK MENAMBAH BARANG-BARANG  LAIN DIPERSILAKAN.

3)ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN PAKAIAN YANG HENDAK DIPAKAI KE ASRAMA NANTI .


Khamis, 27 Ogos 2015

luahan hati semasa peperiksaan pagi tadi

Peperiksaan percubaan sudah bermula. pagi tadi subjek sejarah kertas 3. walaupun sejarah kertas 3 boleh melihat buku tapi tetap ada  soalan kbat. Alhamdulillah,saya dapat jawap tapi ada yang saya tinggalkan sebab tidak cukup masa. rasa-rasanya,jika periksa sebenar spm lagi tidak cukup masa.hari selasa ini periksa subjek bm kertas 1 dan 2. Jadi, perlu buat persiapan sebelum periksa. insya-allah saya akan cuba yang terbaik. assalamualaikum.